Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Alfalfa, Perangsang Semulajadi Susu Anda Dan Banyak Lagi!

Susu ibu sarat dengan nutrisi berkhasiat dan komponen pelindung yang akan menggalakkan kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan bayi. Salah satu nutrien penting untuk merangsang penghasilan susu ibu ialah alfalfa. Ia secara semulajadi berkhasiat kerana mengandungi lebih daripada 300 nutrien dan mineral untuk menggalakkan kesihatan anda!

MERANGSANG PENGHASILAN SUSU IBU

  • Bertindak sebagai galaktagog semulajadi, iaitu bahan yang membantu menggalakkan dan mengekalkan bekalan susu ibu dengan merangsang serta meningkatkan tisu payudara dan bekalan susu.1,2
  • Kaya dengan vitamin dan mineral termasuk zat besi, kalsium dan vitamin B yang penting untuk susu ibu yang lebih sihat bagi meningkatkan kesihatan bayi.

MEMBERSIH DAN MENYAHTOKSIN

  • Bertindak sebagai pembersih darah & hati.
  • Menambah vitamin dan mineral sokongan dalam hati untuk fungsi yang optimum.

KESAN PENGALKALIAN

  • Meneutralkan kesan keasidan dari diet yang tinggi lemak, tinggi protein.
  • Mengurangkan bau badan, bau mulut, kulit sensitif, ketidakcernaan dan kelesuan.

MENGURANGKAN KERADANGAN

  • Menyekat penghasilan sitokin pro-keradangan.3
  • Mengurangkan tindak balas keradangan3 badan seperti sakit sendi, sakit otot, penyakit kardiovaskular dan rintangan insulin.

MENYOKONG KESIHATAN IMUN

  • Merangsang penghasilan sel darah putih.4
  • Bertindak sebagai antioksidan untuk menangani tekanan oksidatif.4

MEMBANTU PENCERNAAN

  • Bertindak sebagai prebiotik dan menggalakkan kesihatan pencernaan yang baik.5
  • Mengandungi enzim pencernaan2 yang membantu untuk melegakan kembung dan gas berlebihan.

MENGGALAKKAN KESIHATAN RAMBUT

  • Menangani penuaan kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut.6
  • Membekalkan nutrisi dan menambah baik edaran darah di kulit kepala7 untuk rambut yang lebih sihat.

Rujukan:
1. Bekoe, E., Kitcher, C., Gyima, N., Schwinger, G., & Frempong, M. (2018). Medicinal Plants Used as Galactogogues. Pharmocognosy – Medical Plants. doi: 10.5772/intechopen.82199
2. Javan, R., Javadi, B., & Feyzabadi, Z. (2017). Breastfeeding: A Review of Its Physiology and Galactogogue Plants in View of Traditional Persian Medicine. Breastfeeding Medicine, 12(7), 401-409. doi: 10.1089/bfm.2017.0038
3. Hong, Y., Chao, W., Chen, M., & Lin, B. (2009). Ethyl acetate extracts of alfalfa (Medicago sativa L.) sprouts inhibit lipopolysaccharide-induced inflammation in vitro and in vivo. Journal Of Biomedical Science, 16(1), 64. doi: 10.1186/1423-0127-16-64
4. Bora, K., & Sharma, A. (2010). Phytochemical and pharmacological potential ofMedicago sativa: A review. Pharmaceutical Biology, 49(2), 211-220. doi: 10.3109/13880209.2010.504732
5. Adams, S., Xiangjie, K., Hailong, J., Guixin, Q., Sossah, F., & Dongsheng, C. (2019). Prebiotic effects of alfalfa (Medicago sativa) fiber on cecal bacterial composition, short-chain fatty acids, and diarrhea incidence in weaning piglets. RSC Advances, 9(24), 13586-13599. doi:
10.1039/c9ra01251f
6. Bonte, F., Meybeck, A., & Massiot, G. (1996). Use of medicago saponins for the preparation of cosmetic or pharmaceutical compositions, especially dermatological compositions, promoting renewal of the epidermis, stimulating hair regrowth or delaying hair loss. United States.
7. Kumar Jain, P., Das, D., & Das, C. (2017). Prospect of Herbs as Hair Growth Potential. Innovare Journal Of Medical Sciences, 5(1).

PRODUK BERKAITAN

Alfalfa Complex (330 Tablets)

Alfalfa Complex (700 Tablets)